Primadona World Wide Global Sdn Bhd merupakan syarikat hak milik mutlak bumiputra yang beroperasi sepenuhnya dalam bidang Jualan Langsung dan diterajui sendiri oleh Primadona Tanahair, Dato' Sarimah Ahmad. Sebelum tertubuhnya syarikat ini, kami telah membuat penyelidikan bertahun-tahun bersama pakar khususnya dari Mibelle Bio-Chemistry, Switzerland dalam usaha mencari jawapan untuk tampil kekal sihat dan cergas.
Di terajui oleh pakar berpengalaman luas dalam pelbagai bidang seperti Pentadbiran, Pemasaran, Sistem Peniagaan, Farmasi, Promosi serta Periklanan dan sebagainya, Primadona World Wide Sdn Bhd dijangka mampu bersaing dengan syarikat-syarikat jualan langsung yang bertaraf dunia.
Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai daya saing yang tinggi, kami amat menitik beratkan pelbagai aspek terutama dari segi kualiti dan keberkesanan produk yang ingin dipasarkan, sistem pemasaran yang menjurus kepada penjanaan pendapatan setiap ahli berada ditahap yang tinggi, promosi yang berpanjangan, pemantauan kepuasan setiap pengguna dan ahli agar berada ditahap maksima dan sebagainya.
Pelbagai penyelidikan dilakukan khususnya terhadap produk yang dipasarkan dan sistem perniagaan yang diwujudkan dari masa ke semasa bagi menjamin keutuhan produk Sarimah Signature Series dalam mendapat pengiktirafan khususnya di Malaysia dan seterusnya peringkat antarabangsa.
Dato'
Sarimah
Ahmad DIMP AMPPengerusi / Pengasas
Primadona World Wide Sdn Bhd
Merupakan Primadona Tanahair yang dikenali dan disayangi ramai, beliau adalah seorang yang sangat mengambil berat soal kesihatan, kecantikan serta penampilan. Dalam usia mencecah 70 tahun, beliau masih lagi aktif menjalankan aktivit kebajikan bersama KARYAWAN dalam memperjuangkan nasib artis-artis veteran dan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik.
Atas kesedaran tersebut, maka lahirlah Primadona World Wide Sdn Bhd berganding bahu bersama KARYAWAN dengan harapan ianya dapat membantu semua golongan AGAR KEKAL SIHAT, KEKAL CERGAS.
Musharuddin
Mohd CHIEF EXECUTIVE DIRECTOR (CEO)
Primadona World Wide Sdn Bhd
Dengan pengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang jualan langsung, beliau merupakan seorang yang begitu arif dalam industri ini.
Beliau bertanggungjawab menerajui pembangunan perniagaan Primadona World Wide Sdn Bhd dan mempunyai visi untuk membawa syarikat lebih jauh ke persada antarabangsa.
Disamping itu beliau juga mempunyai sebuah Pusat Terapi Ozone dalam mana terlibat secara langsung dengan produk keluaran syarikat yang berasaskan Stem Cell.
Dr
Mohd Nizar Bin Zakaria MANAGING DIRECTOR
Primadona World Wide Sdn Bhd
Dr Mohd Nizar Bin Zakaria berkelulusan perubatan (MBBS) dari University of Adelaide, Australia dan setelah berkhidmat di Jabatan Pembedahan Orthopedik Hospital Kota Bharu. Beliau telah ditawarkan bekerja di Hospital Penawar Pasir Gudang dan di rangkaian Poliklinik Kumpulan Perubatan Penawar di sekitar negeri Johor.
Beliau kemudiannya memulakan perniagaan sendiri di Kuala Lumpur sebagai perunding dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada beberapa kementerian kerajaan, firma-firma korporat dan syarikat berhubung kerajaan (GLC). Berdasarkan latarbelakang perubatan, kemahiran pengurusan serta pengalamannya yang luas sebagai perunding korporat, Dr Mohd Nizar berhasrat untuk membangunkan Primadona World Wide sebagai platform perniagaan produk kesihatan bertaraf dunia yang berwibawa dan disegani.
Micheal
Coller International Network & Training Consultant
Primadona World Wide Sdn Bhd




